Thursday, June 28, 2012

Kerja-Kerja Renovate Motor Terenggilingku - Honda Wave125R (Siri 1)

Assalamualaikum buat saudara-saudaraku..

Entri kali ni aku saje nak kongsi pengalaman aku membaik pulih serta mengupgrade motor cari makan aku secara diy (Destroy It Yourself) disebabkan nak jimatkan kos..hehehehe. Beliau dikenali sebagai Honda Wave 125R dan aku gelarkan motor kesayangan aku ni sebagai Belalang Tempur. Aku dapat motor ni pada tahun 2005 dan amat-amat berjasa kepada aku tak kira cara mana pun aku menggasaknya. Perjalanan solo dan paling jauh yang aku pernah buat adalah pergi ke Kuala Selangor (direct dari JB) atas urusan kursus. Dan selama aku guna motor ni sejak dapat sampaila sekarang ni, tak pernah lagi enjinnya bagi masalah besar pada aku dan sebab tulah aku gelarkan Belalang Tempur.

So, segalanya bermula tanggal 24 Mac 2012, niat asalnya aku cuma nak tukar piston ring je, tapi masa pegi kedai sparepart tu, takdelah pulak saiz yang aku nak dan terus je gatal mulot aku order coverset (local) dan dari situlah segalanya berubah..aku terus beli bahan-bahan, ramuan-ramuan untuk menggantikan part dalaman yang wear & tear. Untuk makluman, sebelum ni aku adalah pengguna tegar enjin 2 stroke sejak darjah 6. Dari menggunakan Yamaha 80, Yamaha Sport, Suzuki RG115 dan yang terakhir adalah kegilaan muda mudi, Yamaha RX-Z 135. So, pengetahuan aku dalam enjin 4 stroke memey ZERO. Dan dengan berbekal maklumat dari cikgu "GOOGLE", aku gagahkan dan beranikan diri untuk belajar dari pengalaman... Jom..cekidaout diy aku...!

1. Proses membaraikan part dalam enjin untuk menyucikan dari kesan degil/daki yang aku peram selama 6 tahun...kellladak seh..
Part yang dah terbarai.

Keladak yang terserlah kedakiannya.

Mangkuk klac auto yang dah kehausan.

Cara orang batu tapi praktikal untuk membuka  magnet.

Yang kiri blok standard, yang kanan...hmmmmm.

2. Tu dia...port bengkel tepi rumah ditepian longkang sambil disinari terik mentari...banyak skru aku berguling-guling masuk dalam longkang tu.


3. Sangat bersyukur dan berterima kasih kepada sape ntah yang tanam pokok bunga kat sebelah rumah aku ni...dapat gak berteduh mengelak dari pancaran UV..rentung beb...huhuhu.
Mood muka yang kepenatan dan kepanasan..

4. Projek terus menerus ni beb. Sebelah malamnya aku sambung dengan kerja gentel-mengentel..em..grind valve..orang Jawa cakap gren bal (pronoun e untuk epal).


5. Amik kaw...sampai dalam rumah beb..
Masa ni kat luar tu ujan lebat, sebab tu sambung dalam umah.

6. Proses pemasangan semula. Memey suci dari najis muhafafah...
Dah berkilat, dah baru..


Hahahaaaaa...semua kerja yang korang tengok tu mengambil masa 2 hari je dari mula bukak sampai pasang balik. Sabtu dan Ahad je aku ada masa, kebetulan pulak kereta aku masuk wad (bengkel) akibat kegagalan sistem transmisinya dan aku pulak dok gatal obohol motor kenala pulak Isnin ada meeting..amik bahagian kaw botakkkk...huhuhu..

Oklah, setakat ni aku kongsi bab membaraikan enjin motor aku sendiri. Lain kali aku akan share bahagian tubuh badannya sampai siap. Harap enjoy..

Sekian, wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..