Wednesday, June 27, 2012

Fail dan Folder ku hilang!!! ( Hidden File ) - Siri 2

Assalamualaikum buat semua....

Semoga sehat-sehat belaka hendaknya ek..
Ni aku nak tunaikan janji aku yang lepas nak kongsi pengalaman pasal fail/folder hilang dalam post Fail dan Folder ku hilang!!! ( Hidden File ) - Siri 1   http://botakjawe.blogspot.com/2012/06/fail-dan-folder-ku-hilang.html

Tanpa melengahkan waktu dan tanpa segan silu aku teruskan cara-caranya... Cara kali ni dengan menggunakan olahan command prompt dan Notepad dan Batch File.

Cara Kedua:
1. Korang buka aplikasi Notepad dan korang taip mahupun cetak tampal (copy paste) command berikut:
cls
attrib -a -s -r -h /s /d
exit
Klik gambar kalau kecik sangat


2. Kemudian korang Save As dengan nama yang sesuai serta ikut sedap korang TAPI, korang mesti letak ( .bat ) pada akhir nama fail korang. Sebelum korang klik Save, korang kena tukar dulu jenis fail (petak kedua: Save as type: ) kepada All Files. Kalau korang skip atau terlangkau step ni, fail korang akan jadi fail teks/*.txt je.
Klik gambar kalau kecik sangat


3. Bila dah save dan korang boleh tutup fail tu. Dan kalau berjaya, hasilnya korang akan dapat fail seperti ini.


4. So, sekarang korang boleh test fail korang tadi dengan meletakkan fail tersebut dalam pendrive yang korang syaki fail korang telah di"ghaib"kan oleh virus. Dan hasilnya korang akan dapat paparan macam ni. Time ni command ni tengah running mengembalikan sifat/attribute fail korang kepada yang asal. Korang biarkan je sampai die tutup sendiri. No problem.
Klik gambar kalau kecik sangat


NotaKaki:
PERINGATAN!..DAN AKU INGATKAN...NI SARANAN AKU JE UNTUK MENGELAKKAN DARI TERJADINYA MASALAH!
FAIL YANG KORANG CIPTA NI KORANG LETAK DAN GUNAKAN DALAM PENDRIVE SAHAJA! DIULANG....PENDRIVE SAHAJA!..


Sekian sahaja perkongsian aku untuk kali ni, dan selamat mencobalah ek dan semoga berjaya.. Kalau ada kemusykilan, korang komen je, aku sedia membantu mana yang aku tau(aku pun tak belajar tinggi mane..huhuhu).

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..