Monday, June 25, 2012

Fail dan Folder ku hilang!!! ( Hidden File )

Assalamualaikum...

Pernah tak korang tetiba rasa nak pitam apabila kerja-kerja, fail, yang korang simpan dalam pendrive tetiba ghaib entah kemana dari pandangan korang..padahal masa kat pejabat ada...bila sampai rumah bukak kat laptop dah ghaib dan sebaliknya situasi tersebut.
Dan jenuhla jugak korang scan virus dengan antivirus free korang yang kadang update kadang tidak..hehehehe. Silap-silap haribulan panik punya pasal korang format je tanpa segan silu pendrive korang, maka punahlah, gelaplah masa depan fail-fail korang tu..
Sebenarnya fail/folder korang tak hilang pun, cuma disorok/hidden oleh virus yang dari golongan Malware kalau tak silap. Kalau komputer korang dah kena jangkitan kuman virus ni mahupun lain-lain virus, korang pandai-pandailah scan guna antivirus korang..pilihlah yang terbaik..

So, kat sini aku nak kongsikan ape yang pernah aku lalui kat tempat kerja aku dulu semasa aku memegang jawatan sebagai Pegawai ICT..cewah..Pegawai tu...hehehehe. Mula-mula jenuh gak nak scan, dapatkan balik fail-fail tu semua sebab memerlukan command prompt.. time tu tak ada jalan lain dah..itu je step yang menjayakan diri aku mendapatkan dan menyelamatkan fail-fail staff tempat aku.

Kalau kita Google pasal hidden files, banyak yang cerita benda yang sama. Tapi ni versi Melayu punya...hehehe.. tak kisahlah dah cerita bape kali pun..yang penting Duniaku...hahahaha.
Cara Pertama:
1. Korang pergi kat START > RUN
2. Pastu korang taip CMD kat kotak dialog dan klik OK.


3. Akan keluar satu kotak dialog command prompt dan korang taipkan command ni: attrib -a -s -h -r /s /d dan tekan Enter serta biarkan sistem jalan sendiri. Tempoh masa tu bergantung seberapa banyak fail/folder yang korang sumbat dalam pendrive korang..so, kalau banyak fail/folder, korang stanby lah kopi-O dengan biskut Marie...Good Luck..

nota kaki: korang tengok K:\>, itu adalah pendrive aku, so sebelum korang mulakan, korang pastikan pendrive korang kat MyComputer dulu. Bila dah confirm, korang taip je, contoh K: dan tekan Enter.

PERINGATAN!..DAN AKU INGATKAN...NI SARANAN AKU JE UNTUK MENGELAKKAN DARI TERJADINYA MASALAH!
COMMAND PROMPT YANG KORANG PRAKTIKKAN NI KORANG GUNA UNTUK PENDRIVE SAHAJA! DIULANG....PENDRIVE SAHAJA!..

Okay..next time aku akan kongsikan cara yang lebih mudah..tak la mudah mana tapi bakal akan memudahkan korang pada masa akan datang.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..