Wednesday, June 27, 2012

Android Samsung Ringtone/Sms tone punya hal.

Assalamualaikum kepada semua.
Zaman sekarang ni trend penggunaan handphone android dah semakin meluas dan satu kemestian kepada anak muda masakini. Selain ingin mengejar kemajuan teknologi atau tak mahu ketinggalan dengan rakan taulan akibat dikutuk-kutuk, dibahan-bahankan ataupun saje nak menunjukkan pada kawan-kawan lain yang dia pun boleh beli, apepun itu semua masing-masing punya pendirian dan motiflah ye, duit korang bukan duit aku.hehehe. Panjang seh mukadimah..

Oklah, aku nak kongsikan cara macam mana aku menukarkan ringtone dan sms/mesej tone kat 7plus aku. Biasanya kalu nak tukar ringtone je senang sket, tapi nak tukar tone mesej tak bleh la pulok. Ni cara akulah ye, cara orang lain mungkin lagi senang tapi macam tajuk blog aku ni, Duniaku...suka hati aku..hahaha..

1) Memula korang cari standard application dalam android korang, My files dan bukak apps tu.

2) Korang pastikan dulu ada ke tak folder Notifications dan Ringtones. Kalau takde korang wujudkan folder baru dengan nama yang aku mention tadi.


3) Bila da buat folder tu, barulah korang pindahkan ringtone kegemaran korang dalam folder tersebut.


4) Bila dah siap transfer, bolehla korang check kat Setting > Sound > Incoming Calls (Phone ringtones) / Notifications (Notification ringtone) korang...tadaaaaa...ada tone baru kat bahagian Notifications..settle!


NotaKaki: Untuk ringtone,korang masukkan lagu dalam folder Ringtones. Untuk nada sms/mesej, korang masukkan lagu dalam folder Notifications.

Sekian untuk kali ni dan selamat mencuba....Wassalam..

5 comments:

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..