Saturday, March 9, 2013

DEMAM e-ROKOK (e-CIG FEVER)

(AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK ADALAH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN)

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat ku semua. Lama sungguh hamba tak bukak / update umah ni..hahahaha.. Maklumla orang takde pc/laptop. Semoga sahabat semua sihat-sihat belaka hendaknya.

Kebetulan arini, ICT Officer aku bagi aku admin paswed, bleh la aku bukak blog..hahahhah.. Hmmm...aku sebenarnya dalam proses nak berenti merokok. Kalau nak berentikan motor tu senangla sket, nak berenti merokok? berenti beranganla jawabnya.. memang ada setengah orang boleh je berenti macam tu je...wow.. tapi tidak pada aku... dah macam penagih kan? Bukan tak pernah cuba, tapi apakan daya aku cuma insan yang lemah dan punya nafsu (tapi bukan nafsu serakah la). Kadang-kadang terfikir masa terniat nak berenti tu, KALAULAH....KALAULAH...KALAULAH aku tak ikut kawan-kawan aku merokok 13 tahun dulu....huhuhu. So, moralnya, JANGAN SEKALI ANDA MENDEKATI ROKOK! sebab sejarah aku bersama rokok ni dah 13 tahun! dan kiranya dah jadi perokok tegarlah. Steady je, sebab aku tau ada lagi orang kat dunia lagi O-Tai dari aku.heheheh


Baru-baru ni, menular satu kejutan budaya kat tempat aku kerja ni dan bandar tempat aku duduk sekarang, ROKOK ELEKTRONIK - Alternatif Ke Arah Hidup Yang Sihat. Ye je motto dia tu.. Kalu dah nama rokok, tetap sama je....tapi.... Konsep matematik mudah yang ada perbandingan... 4000 bahan kimia pada sebatang rokok (jenis bakar) manakala 20 atau kurang bahan kimia pada cecair rokok elektronik.. so, guna ajelah logik matematik tu, ade ke tidak baik buruknya rokok elektronik tu.

Untuk penambahan pengetahuan, kebanyakan rokok elektronik ini berfungsi dengan kuasa bateri yang akan memanaskan komponen pemanas untuk menghasilkan wap/kabus dari cecair yang mengandungi sedikit nikotin. Kalau dari pandangan mata umum macam asap tapi sebenarnya wap/kabus. Pengguna dari perokok tegar akan merasakan mereka seolah-olah menyedut asap dari rokok sebenar.


Sejarah rokok elektronik ini dikesan seawal 1963 dan idea dari Herbert A. Gilbert dengan menggunakan konsep yang sama dan ia terkubur dari pengetahuan umum pada tahun 1967 kerana tidak pernah dikomersialkan. Kebangkitan teknologi rokok elektronik ini dikesan membangun semula dari Beijing, China oleh Hon Lik, seorang ahli farmasi dan dipatenkan pada tahun 2003. Dan dari itu bermulanya ketumbuhan teknologi yang memperlihatkan bermacam-macam jenis rokok elektronik dipasaran.

Persoalannya.. Adakah rokok elektronik ni lebih bersih, pilihan lebih sihat kepana perokok analog? Atau ianya satu alat merbahaya dengan risiko-risiko tersembunyi? -sumber: wikipedia- Ada pro dan kontranya pada rokok analog dan rokok elektronik ni...
Sehubungan dengan penularan DEMAM E-ROKOK kat tempat kerja aku, aku pun terjebak beli 1 set starter kit dengan harga RM150..mahal wei!. So, pada aku, ianya ok-ok...kalau nak berhenti merokok secara perlahan-lahan mungkin ini jalannya.. Setakat ni aku dah sebulan menggunakan rokok elektronik ni dan setakat ni baru 2 kotak &hill aku sulamkan... dan terus terang cakap, bila hisap analog balik memang tak sedap... dan untuk makluman kepada yang berstatus perokok, terus terang aku cakap first time 2 3 ari guna rokok elektronik ni memang takde feel, takde kepuasan macam rokok yang sebenar...tapi tengok pada nawaitu masing-masing la ye..


Sekian ajelah coretan hamba untuk tahun ni.hehehehe.. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..