Monday, September 3, 2012

Upgrade - Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus to ICS (Ice Cream Sandwich)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Hari Raya buat semuaaa...
Hehehehe...rasanya dah lame gile aku tak jenguk ke rumah aku ni.. malas...heheheh..malas ubatnya takde kecuali mati je...tapi hal duniawi ni, tinggal pun xpe..

Aku baru-baru ni diinform oleh member aku pasal ICS (Ice Cream Sandwich), boleh ke tukar OS (Operating System) Gingerbread 3.2 ke ICS 4.0.4?
Aku cuma pernah dengar, tapi tak Googling lagi.. So, cuma cakap MESTI boleh punya... Ceh..kompiden siut... tapi....memang boleh pun.. dan berjaya dengan jayanya tanpa masalah walupun pada peringkat awalnya ada bug pada Wifi, namun dah diperbaiki dan diuji (sendiri), memang no problem..
Ni serba sedikit result yang aku dapati setelah mengetest OS ICS 4.0.4 pada Tab 7Plus aku..
1. Icon lebih besar dan cantik-cantik.
2. Respon touch lagi baik
3. Function On/Off/Lock button ditambah baik. (Data Network Mode, Restart)
4. Function Tap and Hold pada Homescreen ditambah baik.
5. dan boleh di ROOT! (ni yang penting...utk aku je)

Okeh...ni aku tunjukkan sket cara-cara untuk upgrade Tab 7Plus korang kepada ICS.. TAPI....SEBELUM TU...



**Peringatan: Aku tak akan bertanggung jawab sekiranya apa-apa berlaku kat TAB 7Plus korang dengan mengikut cara-cara ni. Kalau berani buat, sila berani tanggung ye..

**Disclaimer: I shall not be held responsible if anything happens to your device for by following this guide. Proceed at your own risk!

**Aku menjelaskannya dalam bahasa Malaysia, dan sumbernya daripada dua laman web ini
1. Team Android
2. Dude n Diva

VERSI JAWA..EH..MALAYSIA.
1. Perkara pertama yang perlu dibuat dalam mana-mana upgrade pun...PASTIKAN DEVICE KORANG ADA BATERI! SEKURANG-KURANGNYA 80%.

2. Pastikan korang guna KIES yang terlatest diinternet. Setakat ni yang terlatest aku donlod: http://org.downloadcenter.samsung.com/downloadfile/ContentsFile.aspx?CDSite=APPS_MYS&CDCttType=SW&ModelType=N&ModelName=APPS_UPDATE&idyn=N&VPath=SW/201208/20120809103126135/Kies_2.3.2.12074_13_13.exe



3. Pastu korang BACKUP segala data korang (Contact, Message, Calendar dsb). Sebab nanti segala aplikasi korang akan hilang.



4. Pastu korang dapatkan fail dari antara 2 web yang aku nyatakan kat atas tadi. Dua-dua sama je.
    Pilihan 1 : Team Android

    Pilihan 2 : Dude n Diva


5. Dah dapat donlod, korang extract fail tersebut dan pastikan dapat seperti berikut.

    Fail ROM : P6200OXALQ1_P6200XXLQ1_P6200XXLQ1_HOME.tar.md5

    Aplikasi Odin downloader Odin3_V1.85

6. Dan disini bermula segalanya. Korang pastikan Tab dalam Download Mode. Matikan tab dulu. Lepas tu korang tekan button VOLUME DOWN (-) kemudian button ON/OFF. Jangan lepaskan dua-dua button ni sampai keluar logo segitiga dan teruskan OK/YES.

7. Lepas tu korang buka aplikasi ODIN Downloader dan sambungkan kabel usb dari Tab ke pc korang. Dan jika proses tu berjaya korang akan dapat result seperti dibawah.

    1. Warna kuning tu tanda port usb korang dah kesan.
    2. Pastikan korang tick/tanda dua benda ni je. AUTO REBOOT dan F.RESET TIME
    3. Korang cari fail yang korang extract tadi: P6200OXALQ1_P6200XXLQ1_P6200XXLQ1_HOME.tar.md5
    4. Tanda kejayaan yang berjaya port ditambah.
    5. Bila semua step diatas dibuat, korang startlah mengupgrade. Korang tunggu proses tu sampai dia kuar perkataan PASS!! seperti gambar dibawah.

8. Dan bila dah berjaya dia akan reboot. Bila dah keluar logo samsung, cabut kabel usb. Dan untuk memastikan Tab 7Plus dah bertukar kepada ICS korang check kat Setting > About...

9. Dan untuk mendapatkan (konon-konon) Tab 7Plus ICS yang fresh dari kedai, korang leh buat wipe/factory reset dengan cara berikut:
    1. Offkan tab. Bila nak onkan, tekan VOLUME UP (+) kemudian button ON/OFF.
    2. Nanti akan keluar menu Recovery Mode, pilih wipe data/factory reset.
    3. Biarkan dia kejap sampai siap...komfem macam baru...hehehehe

Oklah..setakat ni je dari aku..penat seh.. sebelum aku terlupa, kalau korang pernah ROOT tab korang sebelum ni, root korang akan hilang. Tapi jangan takut....ICS yg ni masih boleh diroot. Tapi nantilah aku cerita lagi...heheheheh..

Selamat Mencuba...

Wassalam...

4 comments:

  1. salam . nk tnye klu firmwere ade issue cane nk buat ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..sory lmbat reply. ade isu ke? stkat ni alhamdulillah..berfungsi tanpa isu.. kalu jelly bean mmg byk isu2 kecil..

      Delete
  2. kalu buat nie .. semua data atau app akan hilang ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boss..kompem ilang..sila buat backup ye.. tp apps xleh wat ape..huhu

      Delete

Sangatlah dialu-alukan memberi komen/pertanyaan yang membina..